Trump terus angkuh, rata rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, dua juta rakyat Palestin yang akan ditempatkan semula di negara jiran di bawah rancangannya untuk mengambil alih dan membina semula Semenanjung Gaza tidak akan mempunyai hak untuk kembali.

“Tidak, mereka tidak akan, kerana mereka akan mempunyai perumahan yang lebih baik.

“Saya bercakap tentang membina tempat tetap untuk mereka,” katanya kepada Fox News.

Klip temu bual itu dikeluarkan sehari selepas Trump berkata beliau ‘komited untuk membeli dan memiliki Gaza’, walaupun terdapat kecaman global terhadap rancangan yang didedahkannya minggu lalu.

Pada 4 Februari lalu, selepas bertemu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Washington, Trump membuat satu pengumuman mengejut dengan mencadangkan penempatan semula 2.2 juta penduduk Palestin di Gaza dengan AS akan mengambil alih dan membangunkannya semula menjadi ‘Riviera Asia Barat’.

Penduduk Gaza, Pihak Berkuasa Palestin dan kumpulan pejuang Hamas yang mentadbir Gaza menolak cadangan terbabit.

Pegawai kanan Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, kenyataan Trump bahawa rakyat Palestin tidak akan dapat kembali ke Gaza adalah ‘tidak bertanggungjawab’.

“Kami menegaskan rancangan sedemikian mampu mencetuskan pergolakan lebih besar,” katanya kepada Reuters semalam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat