Oleh: Tyah Helmi
WASHINGTON: Negara haram Israel menyatakan pendiriannya bahawa mereka bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata selama 60 hari di Gaza.
Perkara itu diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang berkata Israel menerima dengan syarat-syarat bagi memuktamadkan perjanjian gencatan senjata berkenaan.
Menerusi satu kenyataan di platform Truth Social, Trump memaklumkan sepanjang tempoh gencatan senjata, AS akan bekerjasama dengan semua pihak untuk menamatkan perang di Wilayah Semenanjung Gaza.
“Qatar dan Mesir, yang bekerja keras untuk membawa keamanan (diplomasi), akan menyampaikan cadangan akhir ini.
“Saya berharap Hamas menerima perjanjian ini, kerana jika tidak ia akan menjadi lebih buruk,” tulis Trump.
Bagaimanapun, pihak Israel belum mengeluarkan sebarang pengesahan rasmi berhubung perkara itu, manakala Hamas turut belum memberikan sebarang kenyataan balas.
Trump menyampaikan pengumuman itu ketika mana pertemuannya bersama Trump dengan Perdana Menteri Negara Haram Israel, Benjamin Netanyahu yang dijadual berlangsung minggu depan.
Trump kembali membela Netanyahu yang mana dia percaya Netanyahu juga ingin menamatkan konflik berlarutan di Gaza.
“Dia memang mahu (tamatkan perang), saya boleh sahkan perkara itu. Saya fikir kita akan ada satu perjanjian minggu depan,” katanya.
Baca juga: