Trump Umum Tarif 19 Peratus Perjanjian Perdagangan Indonesia

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan bahawa AS akan mengenakan tarif sebanyak 19 peratus ke atas barangan import dari Indonesia, sebagai sebahagian daripada perjanjian perdagangan baharu dengan negara ASEAN itu.

“Lebih banyak perjanjian akan menyusul,” kata Trump dalam sidang media, seperti yang dilaporkan Reuters.

Beliau turut memberi bayangan rancangan mengenakan tarif tambahan terhadap produk farmaseutikal.

Indonesia, yang dilihat sebagai rakan dagang kecil kepada AS, menjadi negara terbaharu menyertai senarai penerima tarif tinggi sebagai langkah yang menurut Trump adalah usaha untuk ‘mendapatkan terma perdagangan yang lebih adil dan mengurangkan defisit perdagangan negara’.

Sumber pentadbiran memaklumkan bahawa surat pemberitahuan tarif kepada puluhan negara kecil lain akan dihantar dalam masa terdekat, selari dengan rundingan intensif yang sedang dijalankan bagi mengelakkan kenaikan melebihi kadar asas 10 peratus yang telah berkuat kuasa sejak April.

Anda Mungkin Berminat