Oleh: Tyah Helmi
SENARIO ambang tahun baru semakin meriah apabila tular satu perkongsian di platform Threads mengenai senarai perkara yang perlu dilakukan sebelum 1 Januari 2026.
Berdasarkan tinjauan Malaysia Bangkit, hantaran itu telah mencuri perhatian warga maya apabila ia menyentuh aspek pengurusan kewangan, kebajikan diri serta perancangan cukai.
Menerusi perkongsian oleh pengguna laman Threads, iaitu @hanishbk berkongsi enam perkara utama yang disarankan untuk diselesaikan sebelum melangkah ke tahun baharu.
Antara perkara yang disenaraikan termasuk membuat caruman sukarela Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM2,500 bagi melayakkan diri menerima insentif maksimum RM500 daripada kerajaan, selain memastikan bantuan MyKasih dimanfaatkan sepenuhnya sebelum tamat tempoh.

Dalam pada itu, dia turut mengingatkan orang ramai agar melunaskan zakat pendapatan dan zakat simpanan kerana bayaran tersebut boleh dituntut semula ketika proses e-Filing cukai pendapatan.
Malah, pengguna tersebut mencadangkan perbelanjaan dibuat berdasarkan senarai pelepasan cukai 2025 yang boleh dirujuk secara dalam talian, di samping mengingatkan orang ramai agar meminta kalendar percuma yang disertakan baucar semasa membuat pembelian hujung tahun.
Namun, cadangan keenam yang menyarankan pembelian tart pandan daripada sebuah kafe terkenal nyata mencuri perhatian warga maya dan mencetuskan reaksi spontan.
“Nombor enam itu sangat spesifik, terus rasa FOMO,” komen seorang pengguna, n.amirahhhh
Manakala, seorang lagi pengguna, pja_chan, turut bertanya, “Kalendar apa yang ada baucar?” .
Manakala, pengguna _hyatyyyy turut berseloroh, “Alamak, nak kena beli laaa.”
Hantaran tersebut bukan sahaja mengundang perbincangan santai, malah dilihat sebagai peringatan berguna kepada orang ramai untuk merancang kewangan secara lebih tersusun sebelum berakhirnya tahun 2025.
Baca juga:








