Tun Mahathir Dimasukkan ke IJN Selepas Terjatuh di Kediaman

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sekitar jam 9.30 pagi tadi selepas terjatuh di kediamannya pada awal pagi.

Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Suffi Yusoff, mengesahkan perkara itu kepada Astro Awani.

“Ya, beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini sedang dipantau secara menyeluruh,” katanya.

Seorang pegawai media Pejabat Dr Mahathir memaklumkan kenyataan rasmi mengenai keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Untuk rekod, pada 13 Julai 2025, Dr Mahathir yang kini berusia 100 tahun pernah dikejarkan ke IJN akibat keletihan. Beliau dibenarkan pulang pada jam 4.45 petang hari yang sama selepas dimasukkan sekitar jam 10 pagi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat