Biarpun tidak menjadi pasukan pilihan di Piala Asia 2023, kemampuan skuad Harimau Melaya tetap tidak boleh dipandang enteng oleh pihak lawan yang memiliki kedudukan lebih tinggi berbanding skuad tersebut.
Pemain tengah skuad Harimau Malaya, Paulo Josue menyatakan keyakinan bersama rakan sepasukan untuk mencipta kejutan pada aksi akan datang di Qatar minggu depan.
Paolo turut menyatakan pasukan itu akan tiba awal di Qatar untuk menyesuaikan diri dengan cuaca di Qatar yang berbeza dengan Malaysia termasuk keadaan padang.
Paolo turut menyatakan pentingnya fokus setiap pemain dalam aksi bertemu Jordan nanti untuk mendapatkan momentum perlawanan yang diingini sekiranya ingin lepas dari kelayakan berkumpulan.
“Kalau kita berjaya mengutip mata pada aksi melawan Jordan, kita akan ada peluang yang baik untuk mara sebagai pasukan ketiga terbaik dan layak ke pusingan seterusnya.
“Persiapan berjalan lancar dan kami juga sudah menyesuaikan diri dengan cuaca serta permukaan padang yang berbeza, kerana itulah kami tiba awal di Doha.
“Ini akan menjadi aksi yang sukar dan kita perlu bersedia sepenuhnya. Walaupun kami bukan pasukan pilihan, tapi kita mampu membuat kejutan sekiranya pasukan lawan tidak memberikan aksi yang terbaik,” katanya.
Mengulas lanjut, Paolo memberitahu, ranking skuad Harimau Malaya merupakan yang paling rendah dalam Kumpulan E.
Bagaimanapun, dia yakin fokus dan dedikasi daapt mengalahkan skuad lain dalam kumpulan tersebut.
Skuad bawah pimpinan Kim Pan Gon ini akan memulakan perlawanan menentang pasukan di ranking ke-87, Jordan pada 16 Januari.
Seterusnya, Harimau Malaya akan berhadapan dengan Bahrain(kedudukan ke-86) pada 20 Januari.
Mereka akan menutup kempen dalam peringkat kumpulan pada 25 Januari menentang pasukan di tempat ketiga Asia, Korea Selatan yang juga merupakan juara Piala Asia sebanyak dua kali.
Baca juga: