Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Kerajaan Turkiye menyasarkan perdagangan dengan Malaysia kepada AS$10 bilion (RM44.6 bilion) setiap tahun, kata Presiden Recep Tayyip Erdogen, hari ini.
Bercakap mengenai hubungan perdagangan Turki-Malaysia, Erdogan mengakui bahawa kedua-dua negara kini telah melepasi jumlah perdagangan US$5 bilion pada tahun 2024, selaras dengan sasaran yang telah ditetapkan sebelumnya.
“Kami berhasrat untuk meningkatkan perdagangan kami hingga US$10 bilion secara seimbang,” katanya, menekankan peluang untuk kerjasama dalam industri utama.
“Dari teknologi semikonduktor ke automotif, dari teknologi pesawat ke simulator awam, kami berharap dapat meningkatkan usaha bersama dalam setiap sektor dan maju bersama dalam pelbagai bidang dengan Malaysia,” katanya ketika berucap Majlis Syarahan Umum Erdogan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya pada Isnin.
Beliau turut menyatakan kepentingan geografi strategik kedua-dua negara sebagai pintu masuk ke Asia dan Eropah, yang dikatakan memberikan asas kukuh untuk kerjasama lanjut.
“Dalam hal ini, kami ingin memperkukuhkan lagi jambatan penerbangan kami. Lapangan terbang kedua terbesar kami diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad, dan saya menganggap langkah-langkah bersama kami dalam bidang awam sangat berharga,” tambahnya.
Baca juga: