Tutup Selat Hormuz, AS Rayu China Nasihat Iran

WASHINGTON: Amerika Syarikat merayu kepada China agar menasihati Iran supaya tidak menutup Selat Hormuz, susulan serangan AS ke atas kemudahan nuklear Iran.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata, China mempunyai kepentingan langsung kerana banyak bergantung kepada laluan itu untuk bekalan minyak.

“Jika Iran menutup Selat Hormuz, itu kesilapan besar dan boleh menjejaskan ekonomi dunia termasuk China,” katanya memetik AFP.

Selat Hormuz mengendalikan hampir 20 peratus perdagangan minyak global.

Penganalisis bimbang Iran mungkin menggunakan penutupan itu sebagai tindak balas terhadap serangan AS.

Tehran pula memberi amaran bahawa pangkalan tentera AS di rantau itu kini menjadi “sasaran sah”.

Sementara itu, China dan Rusia mengecam tindakan AS dan menyifatkannya sebagai pencetus ketegangan serantau.

Anda Mungkin Berminat