Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM Bermula Hari Ini

PETALING JAYA: Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 secara rasmi bermula hari ini (Isnin) di seluruh negara.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ujian bertutur Bahasa Melayu berlangsung dari 3 hingga 6 November, melibatkan 413,372 calon di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.

Ujian ini menilai keupayaan pelajar berkomunikasi secara lisan dalam Bahasa Melayu, satu kemahiran yang semakin diberi penekanan dalam sistem pendidikan negara.

Fasa awal peperiksaan melibatkan Ujian Bertutur Bahasa Melayu yang dijadualkan dari 3 hingga 6 November, diikuti oleh Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 10 hingga 13 November.

Ujian Amali Sains pula akan berlangsung dari 17 hingga 19 November, manakala Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan diadakan pada 20 November.

Peperiksaan bertulis dijadualkan bermula pada 25 November hingga 23 Disember.

Sebanyak 3,350 pusat peperiksaan telah dibuka di seluruh negara, dengan lebih 127,000 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

KPM turut mengingatkan semua calon untuk membawa dokumen pengenalan diri dan mematuhi semua arahan peperiksaan.

Semoga semua calon diberikan ketenangan, kekuatan dan kejayaan dalam menghadapi peperiksaan ini.

Anda Mungkin Berminat