Setelah lebih tiga dekad menapak dalam industri, dua kumpulan pop rock UK’s dan Slam bergandingan dalam satu pentas di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada Sabtu.
Konsert UK’Slam Muzikal merupakan persembahan yang dianjurkan untuk mengubati rindu peminat dua kumpulan tersebut. Mempersembahkan lebih 31 buah lagu, peminat bagaimanapun berasa seperti tidak puas menyaksikan kedua-dua band tersebut.
Persembahan yang berlangsung sekitar sejam itu dimulakan dengan lagu Rhythm Si Jantung Hati sebelum diakhiri dengan Kembali Merindu.
Penyampaian yang cukup menghiburkan, di samping kehebatan vokal sehingga berasa seperti kembali semula ke era kegemilangan kumpulan terbabit sektiar tahun 1990-an.
Kehebatan vokal Amir, selaku vokalis UK’s, memang tiada tandingan lebih-lebih lagi ketika mempersembahkan lagu ikonik mereka, Di Sana Menanti Di Sini Menungggu.
Dapat diraskan aura dan semangat penonton turut terbuai-buai dengan lagu yang dihasilkan oleh komposer melankolis, Saari Amri.
Sementara itu, dominasi pentas bertukar tangan kepada kumpulan Slam yang turut tidak kurang hebatnya.
Mula aktif sekitar awal 1990-an, kumpulan itu berjaya membuktikan bahawa Slam masih mampu mempunpunyai pengikut tersendiri biarpun lebih 30 tahun meneruskan perjuangan dalam industri.
Slam yang memulakan persembahan dengan lagu Kembali Merindu dan diteruskan dengan lagu-lagu terkenal kumpulan itu seperti Tak Mungkin Berpaling dan Suratan.
Vokalis Slam, Zamani turut mengambil peluang untuk memilih dua orang hadirin untuk turut menyanyikan lagu Maria Mariana bersamanya.
Selepas sejam Slam memberi persembahan yang memukau, pentas tersebut digegarkan lagi dengan gandingan dua vokalis kumpulan tersebut dalam satu pentas.
Sorakan demi sokaran memenuhi setiap ruang stadium apabila pemuja dua kumpulan terbabit turut sama menyanyikan lagu fenomena kedua-dua kumpulan berkenaan, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu dan Gerimis Mengundang.
Biarpun hampir tiga jam dihiburkan dengan persembahan menarik, namun rata-rata peminat masih mengharapkan agar kedua-dua dapat sekali lagi muncul dengan konsert sama atau persembahan solo masing-masing.
Baca juga: