PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat menyambut ulang tahun Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.
Dalam hantaran di Facebook , beliau berkata, perpaduan perlu diutamakan selaras dengan konsep MADANI yang menuntut kita semua menjayakan agenda pembangunan dan kemajuan negara.
“Dalam mengejar arus pembangunan, keharmonian dan perpaduan perlu diutamakan dan tidak dilupakan bagi membentuk kestabilan pentadbiran negara,” katanya.
Dalam hantaran sama, beliau menegaskan bahawa tujuan perpaduan diutamakan adalah selaras dengan konsep MADANI yang menuntut semua masyarakat untuk menggenggam erat tali permuafakatan dalam menjayakan agenda pembangunan dan kemajuan negara untuk hari ini dan masa akan datang.
Anwar berharap agar kesatuan dan kebersamaan yang ada terus berkekalan.
“Moga kesatuan dan kebersamaan yang ada ini terus berkekalan dengan hendak-Nya (ALLAH SWT),” katanya.