Oleh: Faisal Duke
TAHUN 2024 ini semakin ramai orang menyertai industri makanan dan minuman (F&B) dan benda yang paling ramai orang kata produk mereka (claim) buat dari rumah (homemade).
Semua akan claim barang dia homemade. Tapi betul ke homemade?
Perkataan homemade dalam ingatan saya ialah opah saya memasak di rumah, ambil tanaman dan herba-herba di belakang rumah, sembelih ayam dan memasak mengunakan barang-barang yang dia sendiri tanam, bela, ambil dan proses. Kemudian baru la dia masak, sambil saya buat kecoh acah-acah nak tolong.
Dan tradisi ini diteruskan oleh ibu bapa saya, melihat ibu saya memetik daun-daun herba bukanlah benda baru bagi saya dan sekarang bend-benda tersebut menjadi tugas saya bila balik ke Melaka.
Jadi perkataan homemade tu menjadi ‘suci’ kepada saya, ia menunjukkan cinta dan usaha yang banyak telah dimasukkan ke dalam makanan tersebut. Ia menimbulkan persoalan:

Kalau nachos beli borong dalam Shopee. kire homemade ke?
Kalau masak pakai thermomix homemade ke?
Kalau semua bahan-bahan yang kau masak dalam pembungkusan yang datang dari kilang tapi digunakan di rumah. adakah ia masih homemade?
Kepada saya, semua persoalan di atas bukanlah homemade. Kenapa ia berlaku? Jawapan mudah
Tamak.
Homemade boleh caj mahal sikit – Tiada ilmu. Sendiri tak buat kajian, orang lain boleh claim aku pun nak claim la.
Modenisasi – Dalam era produksi besar-besaran (mass produce) setiap benda dalam hidup kita telah dimudahkan.
Bukan tak elok, tapi makanan itu sendiri telah hilang ‘soul’ dalm pembuatan makanan. Makanan yang di ‘mass produce’ pun dah claim sebagai homemade.

Jurang antara tradisi dan kita terlalu jauh. Berapa ramai antara kita yang pernah membela atau menyembelih hidupan ternakan? Tanam sendiri tanaman untuk kegunaan harian?
Semakin hari kita semakin jauh dengan sumber makanan kita. Kita menjadi jijik nak membajak tanah untuk menanam, menjadi geli bukan saja untuk menyembelih tapi untuk melihat makanan kita diproses untuk dimakan.
Betullah sekarang kalau lapar boleh sahaja pesan. Tahu-tahu sampai.
Bukan tak elok. Tapi kita sendiri dah tak tahu daripada mana punca makanan kita datang.
Saya menjadi terkesan bila melihat video kanak-kanak di Amerika Syarikat tanya dari mana datangnya susu strawberi dan coklat?
Kanak-kanak itu menjawab susu strawberi datang daripada lembu pink (merah jambu) dan susu coklat datang dari lembu coklat.
Terdiam saya mendengar jawapan tersebut. Saya terus bertanya kepada diri saya. Takkan la sampai macam ni budak ni tak tahu. Kemudian saya sedar, yalah budak kalau membesar di kota metropolitan., ladang lembu pun tak pernah pergi, macam mana nak tau susu datang dari mana.

Homemade nachos – sekarang ni tengah trending makanan loaded nachos. Dan bagi yang nak lebih besar, ramai claim yang nachos mereka homemade.
Tapi betul ke homemade? – Kalau beli tortilla wrap di NSK, potong sendiri kemudian goreng, dah cukup homemade ke ni? Mudah je kan nak claim homemade – Salah tu.
Di Mexico pun, tak ramai yang boleh claim tortilla atau nachos dia homemade.
Untuk membuat homemade tortilla taco dan nachos asli) perlu mengunakan jagung. Jagung tersebut perlu melalui proses nixtamalization untuk membuang kulit jagung. Kemudian diproses (campur, tekan, masak) baru la ia menjadi tortilla. Bukan mudah ya. Kemahiran ini sendiri telah hilang ditelan modenisasi.
Tapi ini mungkin hanya saya, mungkin terlalu mendalam saya mengkaji tentang makanan. Tapi bagi saya, dalam era modenisasi ini, kita perlu mengkaji dari mana datangnye makanan kita.
Untuk membolehkan kita membuat makanan yang terbaik bagi pelanggan kita, tak semestinya mengunakan teknik tradisi, tapi mungkin kita boleh mengabungkan teknologi moden dan ilmu tradisional untuk menghasilan makanan terbaik.
Apa yang penting ialah kita jangan overclaim makanan kita. Sebagai orang yang masih mentah dalam industri F&B ini marilah kita mula untuk faham apa teknik dan proses dalam pembuatan makanan kita.

Kita dalam tiping point F&B. Adakah negara kita akan menjadi seperti the great USA dengan makanan kita terdedah kepada mass production food yang tidak sihat? Atau kita kembali kepada asa dan menghasilkan makanan yang lebih sihat dan mampan.
Saya bukanlah dibesarkan daripada keturunan cef-cef hebat. Opah dan mak saya biasa-biasa saja masak, tapi setiap masakan mereka adalah dari hati. Oleh kerana mereka pentingkan tanam dan bela sumber makanan sendiri dari rumah. Dari situ datangnya cukup rasa dalam masakan mereka.
Food made from the heart always taste best. You can taste the effort that they put into the food and for me, its as good as those michelin level food.
Apa yang saya pegang ialah “Food is an act of love” dan cinta yang semua orang boleh dapat (Mass produce) – bukankah itu sama seperti pemelacuran?
Jadi marilah kita belajar tentang apa yang kita buat dan hasilkan makanan yang terbaik untuk pelanggan kita.
Cef terbaik pernah beritahu saya, “Kita ni kedai makan, bukan kedai perabut atau agensi pemasaran, fokuslah makanan tu”
***Penulis adalah Cef
Baca juga:







