Ulasan | Lawatan PMX: Hobi PAS Pertikai Legasi Orang, Legasi Sendiri Entah Di Mana?

Oleh: Mohd Najib Hashim

ULASAN | DI Malaysia, ada satu hobi pelik: apa saja yang Perdana Menteri buat, pasti ada yang salah.

Kalau duduk di pejabat, dikata lembap. Kalau terbang cari pelaburan, dikata boros.

Ironinya, bila Tesla buka pusat di Cyberjaya atau Google umum pelaburan RM9 bilion, pihak yang sama cepat-cepat tumpang bangga.

Tapi bila ditanya siapa yang meyakinkan pelabur itu, mereka tiba-tiba hilang suara.

Setiap kali PMX berjumpa CEO gergasi teknologi atau pemimpin dunia, Malaysia ditampilkan sebagai pemain global yang relevan.

Ia bukan “tourism politik”, tetapi diplomasi ekonomi.

Dalam negara, lawatan ini memberi mesej bahawa kerajaan Madani aktif dan diyakini, bukan kerajaan “syok sendiri”.

Berbeza dengan zaman kerajaan pintu belakang yang sibuk kira bilangan sokongan di Parlimen sehingga pelabur pun keliru siapa sebenarnya Perdana Menteri minggu itu.

Dan jangan lupa zaman dulu kita ada Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Jawatan gah, elaun besar, tapi hasil? Langsung tak ke luar negara.

Diplomasi kononnya, tapi habis di meja tulis. Kalau itulah definisi “jimat”, rakyat sebenarnya yang rugi sebab habis berjuta ringgit tanpa satu pelaburan pun masuk.

Duit Masuk, Rakyat Untung

Mari kita bandingkan secara sinikal:

Era PN, pelaburan yang paling hangat diperkatakan ialah kartel telur, ayam dan daging import.

Era BN akhir, tajuk utama bukan Tesla atau Google, tapi 1MDB—“pelaburan” yang entah ke mana duitnya.

Era “Duta Khas” pula? Pelaburan paling besar ialah cukai rakyat yang mengalir untuk bayar gaji jawatan tanpa hasil.

Sekarang, di bawah PMX Tesla pilih Malaysia untuk ibu pejabat dan pusat servis serantau.

Amazon Web Services (AWS) labur RM25 bilion infrastruktur digital.

Google umum pusat data & AI bernilai RM9 bilion.

Infineon tambah RM25 bilion dalam semikonduktor automotif di Melaka.

Soalannya mudah: mana lebih membazir kapal terbang membawa PMX untuk yakinkan pelabur atau elaun bulanan berjuta ringgit kepada Duta Khas yang langsung tak keluar negara?

Setiap pelaburan ini bukan sekadar angka.

Ia bermakna ribuan peluang kerja bernilai tinggi, latihan kemahiran baharu untuk anak muda dan keyakinan bahawa masa depan Malaysia cerah.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak, Timbalan Perdana Menteri dan pimpinan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Darul Hana, Kuching, Sarawak. 12 September 2025. IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the

Berbeza dengan era “diplomasi kerusi malas” yang lebih banyak mencetuskan jenaka di kedai kopi berbanding memberi peluang sebenar kepada rakyat.

Kesimpulannya, bila PAS kata lawatan PMX membazir, jawapan paling pedas ialah:

Kalau “membazir” itu bawa masuk Tesla, Google, Amazon dan Infineon, biarlah kita terus “membazir.”

Lagipun, rakyat sudah lama tahu:

PMX terbang keluar negara → pelaburan masuk.

Hadi duduk diam sebagai Duta Khas → pelaburan ghaib.

Bezanya cukup jelas: satu bawa pulang hasil, satu lagi sekadar bawa balik elaun.

*** Penulis adalah bekas pensyarah Bahasa dan Tamadun yang juga bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan.

Anda Mungkin Berminat