Ulasan | Malaysia perlu pemimpin ‘political will’ jadikan integrasi kepada asimilasi

Oleh: Liyana Marzuki

Apa beza Malaysia dan Indonesia? Rakyatnya sama berbilang bangsa. Namun pendekatan mereka berbeza. 

Di Indonesia, tiada sekolah pelbagai aliran. Satu saja Sekolah Kebangsaan. Semua warganya sama ada Jawa, Sunda, Melayu, Cina atau India wajib mendaftar dan guna nama Indonesia. Menunjukkan mereka satu bangsa. Bangsa Indonesia. 

Mereka sangat tekankan Pancasila. Itu tunjang penting membina negara. Ada mata pelajaran Tatanegara. Memupuk semangat sayangkan negara, bukan hanya sayang bangsa dan agama mereka semata-mata. 

Beza dengan Malaysia, saya tak payah ulas lanjut, tuan puan sendiri faham. 

Ada beza juga cara Indonesia mendapat kemerdekaan. Selepas saja Jepun kalah ketika Perang Dunia Kedua. Pemimpin mereka Sukarno terus ambil alih kuasa. Terus isytihar mereka merdeka. Tak perlu tunggu Belanda kembali berkuasa dan mereka lawan Belanda. Dan menang lalu merdekalah.

Di Malaysia, lepas sahaja Jepun kalah, tiada pemimpin ke depan nak umumkan kemerdekaan. Malaya ada vacum selama hampir sebulan. Kita tunggu British datang nak jajah semula. Tahun 1957 baru Merdeka.

Seolah-olah kita sudah terima negara ini sudah milik orang. Sudah terlepas ke penjajah, mereka berkurun buat pecah dan perintah. Imigran Cina dan India bila berhijrah ke sini rasakan negara ni bukan Melayu yang punya, British punya juga. British la ‘master’ yang membayar mereka. 

Tambah bila tambah kaya, orang Melayu dan peribumi pula membeli dan meniaga dengan mereka. Raja-Raja Melayu pula ada yang buat taikun jadi partner meniaga. Cettiar dan Taikun bagi pinjam duit pula. Mereka rasa ‘a bit entitled’. Ini negara mereka punya juga. Mereka pun bangunkan sama-sama. 

Cuma ketika Merdeka kita cari titik sama. Masing-masing terima Melayu itu tuan tanah dari mula. Perlu dilindung dan diberi hak istimewa. 

Tambah ketika itu populasi Melayu dan bukan Melayu 50-50.  Membuatkan Pemimpin kita susah nak ‘push’ untuk asimilasi. Makanya terpaksa menerima, kita hanya boleh buat INTEGRASI. 

Maka dibenarkan sekolah jenis Kebangsaan, untuk kaum yang berlainan. Nama dan budaya asal semua dikekalkan. Tiada diasimilasi. 

Mula-mula ok. Zaman mula merdeka, rakyat bersatu padu bawah ‘banner’ Malaysia. Namun politik dan perebutan kuasa yang merosakkannya. Bermula dari 13 Mei 1969. Selepas itu barulah terhasil Rukun Negara. 

Lepas 67 tahun kita harus bertanya, adakah berhasil intergrasi ini? Yang kita nampak, kaum-kaum semakin menjauhi. Nak lekat bendera Malaysia di uniform sekolah pun ditentang. Yang mereka nak hanya UEC.  Ada di kalangan kita nak berbahasa Kebangsaan pun geli. 

Saya kira INTEGRASI ni sudah mula gagal. 

Kena ada tindakan drastik dan ‘political will’ dari pemimpin negara. Utamakan isu Perpaduan dan bina negara bersama. 

Asimilasi di Indonesia dibuat selepas pelbagai sengketa. Tindakan berani mati Pemimpin mereka, yang tolak kritikan dan makian, ‘political will’ yang sangat-sangat rakyat perlukan. Menolak yang terpaling kiri dan terpaling kanan. 

Saya harap, pemimpin pikirkan yang CENTRIST. Golongan sederhana. Apa yang kita nak sebenarnya? Kita nak negara berbilang bangsa yang punya identiti sendiri. Aman makmur sejahtera dengan rakyatnya ada jati diri. 

Ini patutnya jadi ‘core’ aspirasi Kerajaan Madani. Ini reformasi saya kira paling besar sekali. Kita yang di bawah ini hanya boleh menanti. 

***Penulis adalah aktivis politik dan sentiasa berkongsi pandangannya di media sosial

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat