Ulasan | Saat kehancuran bermula bila kau berhenti sokong industri buku

Oleh: Benz Ali

SATU sudut bagus tengok KL East City Mall (Book Xcess) bagi 10 buku percuma bagi setiap orang, sebab nak tutup kedai.

Tapi satu sudut yang lain, bila tengok pengunjung berpusu-pusu nak buku percuma sahaja, rasa tak berapa seronok.

Kenapa masa kedai tu ada kau tak pergi beli pula. Tapi masa dah nak tutup, kau berbondong-bondong meluru padanya.

Dunia buku takkan boleh hidup dengan budaya macam ni. Ia kena disokong. Ia kena didokong. Berbanding mendapatkan secara percuma, belilah kalau boleh.

Kalau bab IPhone, bab kopi hipsta, bab makan, kau boleh keluarkan duit banyak, tapi bila mai bab buku, kau hanya nak borong bila ianya percuma.

Bukan satu sikap yang bagus sebenarnya. Bila kau keluar duit untuk membeli buku, kau bukan saja menyokong kedai tersebut dari beroperasi, tapi juga penerbit buku tersebut, penulis buku tersebut, designer buku tersebut.

Kau sedang menyokong suatu budaya yang lebih tinggi dari bawah perut dan dalam perut, iaitu kau sedang menyokong budaya di atas perut. Kau sedang menyokong suatu budaya ilmu untuk terus bertahan. Tapi bila kau borong secara percuma tanpa mengeluarkan satu sen pun?

Ya betul. Ceramah ini untuk kau.

Bila kau dah berhenti sokong penulis kau, kau dah berhenti sokong pemikir kau, kau dah berhenti sokong intelektual kau, kau dah berhenti sokong ahli akademik kau, kau dah berhenti sokong penerbit buku, penjual buku.

Hanya sokong penghibur atau hiburan bermutu rendah, hanya habiskan duit begitu banyak pada hiburan dan makan-makan, pada masa itulah saat kehancuran bagi masyarakat kau.

***Penulis adalah pengarang buku dan sentiasa berkongsi mengenai industri buku di media sosialnya

Anda Mungkin Berminat