Ulasan | ‘Wala’ pemimpin ikut politik personaliti

Oleh: Liyana Marzuki

Pengundi pajak otak dengan dua cara. Sama ada dia totok ke atas suatu parti atau taksub ke atas satu-satu pemimpin.

Kita diajar sedari kecil, bila cakap pasal politik, “hang side mana?” Kena pilih nak side PAS atau UMNO, UMNO atau PKR tak pun side DAP atau MIC/MCA.

Seolah-olah wajib dan harus pengundi ni taksub parti sebelum boleh mengundi. Ini cara mereka menerapkan Politik Parti atau Politik Identiti.

Selepas itu kita juga diajar pilih pemimpin yang kita sukai. Lawan mereka pula kita disuruh untuk taksub membenci.

Inilah namanya POLITIK PERSONALITI.

Maknanya, taksub kita itu atas batang tubuh. Kalau dia pindah parti pun kita ikuti. Kalau dia dah jadi PM dua kali pun, kita harap dia jadi PM kali ketiga dan kalau boleh selamanya.

Kalau kita perhatikan politik personaliti selalu terpakai kepada Perdana Menteri. Ada yang wala Tun M, wala Najib dan wala Anwar Ibrahim.

Yang wala Tun M kita perhatikan yang lahir tahun 70/80-an, kebanyakannya Gen X dan Gen Y. Mereka terpaling kagum dengan KLCC.

Yang wala Najib Razak, geng-geng millennium umur sekarang 30an. Mereka terpaling pertahankan 1MDB.

Dan kita boleh lihat sekarang, set-set mahasiswa dan mahasiswi umur 20an dah jadi wala PMX. Mereka gelar beliau “Uncle Anwar”. Makanya akan ada satu lagi generasi yang akan taksub Perdana Menteri.

Ramai perhatikan politik personaliti ini akan terpakai kepada orang muda, yang menganggungkan Perdana Menteri semasa yang mereka jadikan idola. Ada sikit simptom “daddy’s issue” di situ. Yang bila kita dah tua-tua, pikirkan pun tersipu malu.

Dah besar-besar, nampak dunia sebenar. Kita akan sedar wala pemimpin ini tiada makna. Mereka bukan maksum dan tiada dosa.

Dalam dunia politik penuh toksik, mottonya matlamat menghalalkan cara, pemimpin ini akan berubah wajah. Buat perkara-perkara yang pelik-pelik untuk kuasa.

Dalam dunia politik juga, tiada suatu parti yang akan kekal, tiada suatu Pemimpin yang kekal memerintah selamanya.

Makanya, sebagai pengundi bijak, kita perlu adjust. Perlu sokong mana yang kita rasa ‘lesser evil’ kepada negara.

Apa yang terbaik pada masa semasa. Tak semestinya orang yang sama dari mula.

Sebagai pengundi biasa, setia kita kepada Raja dan negara. Bukan kepada parti atau pemimpin berhala.

***Penulis adalah aktivis politik dan sentiasa menulis mengenai kesedaran berpolitik di media sosialnya



Anda Mungkin Berminat