Ultras Malaya Boikot Pestabola Merdeka

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: “Tutup Curva Pestabola Merdeka!”

Kumpulan penyokong setia bola sepak negara, Ultras Malaya mengambil keputusan untuk memboikot kejohanan Pestabola Merdeka 2024 yang akan berlangsung pada 4 hingga 8 September depan?

Protes tersebut dinyatakan di laman media Facebook Ultras Malaya, yang menyeru untuk semua peminat bola sepak tidak hadir ke Stadium.

“Sakit dan terus sakit. Biar je jangan diubat. Kosongkan Stadium! Tutup Curva Pestabola Merdeka! #ResetBolasepakMalaysia,” petikan daripada Facebook Ultras Malaya.

Senada dengan protes tersebut adalah ultras dari setiap negeri seperti Cityboys, Penang, Negeri Sembilan dan Pahang.

Memetik kenyataan daripada Ultras Panther, pengunduran mereka adalah disebabkan kekecewaan terhadap kegagalan FAM hal ehwal serta isu berkenaan sukan bolasepak negara.

“Setelah perbincangan dilakukan dan maka dengan seteguh semangat dan sebulat kata, Ultras Panther tidak akan turun untuk semua perlawanan di Pestabola Merdeka 2024. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) gagal!

“Isu perletakan jawatan coach KPG yang sangat kontroversi dan jawapan dari FAM penuh sandiwara.

“Keadaan pengurusan Liga Malaysia yang makin merapu dari MFL serta beberapa keputusan dari MFL dan FAM berkait isu-isu semasa baru-baru ini yang menimbulkan banyak keraguan dan tiada penjelasan.

“Kegagalan FAM dalam mengatur perlawanan persahabatan yang diminta KPG sebelum Kelayakan Piala Dunia baru-baru ini membawa kepada kegagalan layak ke pusingan ketiga.

“FAM tidak mengambil serius isu surat layang berkaitan kebobrokan peringkat dalaman FAM dan tiada empati atas kejadian yang menimpa pemain kebangsaan terutama kes Faisal Halim,” dipetik dari kenyataan di laman X.

Sementara itu, Aksi Pestabola Merdeka 2024 akan berlangsung bulan September hadapan antara 2 hingga 10 September 2024 dan Harimau Malaya dijadualkan bertemu Filipina bagi perlawanan pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kejohanan edisi kali ini akan disertai oleh empat pasukan iaitu Malaysia, Filipina, Lebanon dan juara bertahan iaitu Tajikistan.

Malaysia akan bertemu Filipina pada 4 September manakala, satu lagi perlawanan akan melibatkan Lebanon bertemu Tajikistan.

Pemenang akan mara ke perlawanan akhir yang dijadualkan pada 8 September dan kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat