UMNO belum terima surat peletakan jawatan Zafrul

PETALING JAYA: UMNO belum menerima secara rasmi surat perletakan jawatan Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Setiausaha Agung parti itu, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata UMNO hanya mengetahui merujuk kepada kenyataan Zafrul di dalam laman sosial peribadi beliau sahaja.

“UMNO memandang serius niat perletakan jawatan beliau kerana ingin menyertai Parti Keadilan Rakyat.

“Adalah amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya,” katanya pada Jumaat malam.

Asyraf menyatakan ia bagi mengelakkan berlakunya ketidakharmonian di kalangan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan hingga tercetus prejudis dan prasangka berterusan mengenai tahap kesetiakawanan, keikhlasan dan kejujuran sesama sendiri di kalangan ahli akar umbi.

Terdahulu, Zafrul mengumumkan telah keluar daripada UMNO untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat