Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: UMNO Gua Musang dilabel tidak cakna terhadap prosedur sebenar Titah Adendum, dakwa Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Gua Musang, Asharum Uji.
Beliau berkata tuduhan ke atas kerajaan yang kononnya menyorok dokumen (adendum) sama sekali tidak benar kerana pihak Perdana Menteri, ahli kabinet dan Lembaga Pengampunan juga menafikan kewujudan dokumen tersebut.

“Di mana dokumen itu? Perdana Menteri telah jelaskan, ia di istana Negara. UMNO Gua Musang perlu faham, isu ini bukan isu wujud atau tidak, sorok ke tidak.
“Isu ini juga sama ada dokumen itu boleh dilaksanakan oleh Lembaga Pengampunan atau tidak. Jawapannya, tidak.
“Kenapa? Kerana dokumen itu tidak masuk Lembaga Pengampunan. Menteri Dalam Negeri juga telah jelasnya, Jabatan Penjara Laksana Perintah Pembebasan Awal berdasarkan keputusan prosiding Lembaga Pengampunan bertarikh 29 Januari 2024,” jelasnya menerusi Facebook pada Isnin.

Beliau menyarankan, UMNO Gua Musang meneliti semula isu perundangan dengan lebih cermat.
“UMNO Gua Musang sepatutnya mengucapkan banyak terima kasih kepada Perdana Menteri kerana membawa agenda ke-11 hari itu.
“Sekurang-kurangnya, hukuman penjara dan denda Datuk Seri Najib dapat dikurangkan,” katanya.
Terdahulu UMNO Gua Musang menyifatkan kerajaan Madani menyembunyikan titah adendum tahanan rumah yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong ke-16 kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani tahanan rumah, sekali gus menghalang proses keadilan.
Baca juga: