UMNO hormati pendirian ADUH BN, kekal sokong Kerajaan Madani di Negeri Sembilan

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: UMNO tampil menjelaskan pendirian untuk menghormati menghormati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, namun kekal menyokong Kerajaan Perpaduan di negeri itu demi memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Menerusi kenyataan media pada lewat Rabu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata parti itu turut mengambil maklum penjelasan terperinci daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berhubung tindakan ADUN BN berkenaan yang hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar susulan dakwaan membelakangkan Institusi Adat serta Undang-Undang Tubuh Negeri.

Kata Asyraf Wajdi, satu pertemuan segera antara Biro Politik UMNO dan Biro Politik Pakatan Harapan perlu diadakan bagi merungkai isu-isu berbangkit yang menyentuh prinsip perjuangan parti masing-masing.

Ujarnya, tindakan itu selaras dengan Klausa 5(c) Perjanjian Persefahaman pembentukan Kerajaan Perpaduan yang menetapkan sebarang perbezaan dasar perlu diselesaikan menerusi Majlis Perundingan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan UMNO kekal berpegang teguh kepada Perlembagaan parti, khususnya Fasal 3.1 yang menekankan kepentingan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu sebagai tonggak kedaulatan negara.

“UMNO memandang serius perkembangan semasa yang melibatkan krisis Institusi Raja dan Adat di Negeri Sembilan sehingga mencetuskan polemik serta salah faham dalam kalangan komponen parti Kerajaan Perpaduan di negeri itu,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat