PETALING JAYA: Kemerosotan sokongan UMNO bukan disebabkan oleh jalinan kerjasama bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Madani.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perlis, Noor Amin Ahmad, UMNO berdepan kemerosotan sokongan sejak sekian lama dan ia bukan isu baharu.
“Perubahan pola sokongan pengundi mula ketara sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 apabila segmen besar pengundi bukan Melayu yang sebelum ini menyokong Barisan Nasional (BN) mula beralih arah.
“Dalam tempoh 2008-2022, BN bertanding solo namun belum dapat kembali menjadi dominan. Malah merosot. Saya faham dilema sebuah parti besar dan sangat berkuasa sekian lama. Jika tidak bertanding solo, mungkin ramai lagi yang setia akan berkecil hati dan meninggalkan kapal.
“UMNO-BN boleh menentukan apakah sebab-sebab yang mendorong perkara 2 dan 3 berlaku. Memang bukan satu faktor. Sama ada UMNO-BN bersedia mengakui faktor sebenar atau masih selesa menganggap faktor-faktor lain adalah punca sebenar, itu terpulang,” katanya di Facebook pada Sabtu.

Dalam pada itu, Noor Amin turut mengambil contoh negara jiran iaitu parti Golongan Karya (GOLKAR) di Indonesia, sebuah parti besar boleh kalah dan bergelut dengan realiti baru politik zaman peralihan.
“UMNO-BN masih sebuah parti massa, yang kuat dan ramai. Namun Einstein pernah mengingatkan bahawa kita tidak wajar menjangkakan hasil berbeza daripada cara kerja (fikir dan bertindak) yang sama,” katanya.
Baca juga:








