Upacara Kalungan Bunga di Makam Ataturk Protokol Rasmi Lawatan Ketua Negara – Anwar

ISTANBUL: Upacara meletakkan kalungan bunga di makam pengasas Turkiye, Mustafa Kemal Ataturk, adalah sebahagian daripada protokol rasmi yang wajib dipatuhi oleh semua ketua negara semasa lawatan rasmi ke negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa upacara tersebut bukan pilihan peribadi atau cerminan pegangan ideologi seseorang pemimpin, sebaliknya merupakan amalan diplomatik rasmi yang telah lama ditetapkan oleh kerajaan Turkiye.

“Setiap ketua negara yang melakukan lawatan rasmi perlu melaksanakan upacara ini. Sama ada bersetuju atau tidak, ia adalah sebahagian daripada atur cara rasmi yang telah ditetapkan, tanpa mengira parti yang memerintah,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa amalan sama telah dipatuhi oleh semua Perdana Menteri Malaysia terdahulu yang pernah mengadakan lawatan rasmi ke Turkiye.

Sehubungan itu, Datuk Seri Anwar menggesa orang ramai agar tidak membuat penilaian terburu-buru atau menjatuhkan hukuman tanpa memahami konteks sejarah serta amalan diplomatik antarabangsa yang menjadi kebiasaan sesebuah negara.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat