PETALING JAYA: Kemalangan tragis melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan beberapa kenderaan lain di Lebuhraya Timur-Barat dekat Tasik Banding, Gerik sekitar pukul 1 pagi tadi.
Berdasarkan laporan awal, bas tersebut bertolak dari Jerteh, Terengganu pada pukul 9 malam dan dalam perjalanan ke Tanjung Malim, Perak.
Malangnya, insiden ini mengakibatkan berbelas pelajar maut sementara beberapa yang lain mengalami kecederaan.
Sementara itu, Naib Canselor UPSI dalam satu hantaran di Facebook mendoakan agar segala urusan pelajar universiti itu dipermudahkan.
“Semoga dipermudahkan segala urusan buat pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini,” katanya.
Maklumat lanjut mengenai punca kemalangan dan keadaan mangsa masih dalam proses siasatan.
Berita terkini akan menyusul sebaik sahaja pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan rasmi.