SEORANG petugas kesihatan di sebuah hospital didakwa bertindak kasar terhadap seorang bayi baru lahir, termasuk memberi gelaran tidak sopan kepada bayi berkenaan.
Insiden itu tular selepas satu portal di Facebook memuat naik tangkap layar aduan berkaitan kejadian, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan warganet.
Berdasarkan maklumat dalam tangkap layar tersebut, aduan telah dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis lalu sekitar jam 7.18 pagi.

Antara dakwaan yang dikemukakan termasuk tindakan mengejutkan bayi menggunakan penumbuk besar, menyusukan bayi secara kasar apabila tidak menghabiskan susu, menonyoh pipi bayi serta mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan.
Selain itu, petugas berkenaan turut didakwa menepuk belakang bayi dengan kasar selepas proses penyusuan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Mohd Zaini Hussin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berkaitan aduan tersebut.
Beliau memaklumkan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
“Sebaik siasatan selesai, saya akan memberikan penjelasan secara rasmi kepada bapa bayi berkenaan,” katanya.
Baca juga: