Dewan Rakyat kecoh apabila Ahli Parlimen, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa menerima tawaran RM1.7 juta sebagai habuan untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, wang tersebut merupakan peruntukan untuk kawasannya, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
“Selepas saya menang di Tasek Gelugor dalam PRU15, saya berhadapan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan diheret ke mahkamah.
“Parlimen bukan tempat yang betul, tapi saya akan buktikan di mahkamah. Apa yang saya ingin sebutkan, saya langsung tidak menyangka bahawa hal ini akan dilakukan kepada saya.
“Saya telah beberapa kali diajak, malah telah diugut supaya saya menyokong Perdana Menteri, bertubi-tubi mereka menghubungi saya di telefon.
“Pertemuan pertama pada 17 Januari 2024, rupanya salah seoragn dalam pertemuan itu, rakan saya. Saya tidak mahu calarkan namanya, modusnya teliti, jumpa di bilik hotel,” katanya di Parlimen pada Selasa.
Dakwaan terebut secara tidak langsung mencetuskan kekecohan dalam Parlimen selain mengatakan dakwaan terbabit sekadar khabar angin untuk memburukkan Perdana Menteri.
Kemudian Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji kemudian mendesak agar Wan Saiful membuat laporan mengenai sekiranya benar berlaku ugutan bagi menyokong Perdana Menteri.
“Kalau anak jantan, buat laporan SPRM,” katanya.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul kemudian meminta Wan Saiful untuk mengheantikan dakwaan berkenaan.
Baca juga: