Dua maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Viva dan lori 10 tan jenis Nissan UD yang berlaku berhampiran Ladang Paya Munis, Jalan Mersing ke Felda Nitar 1, Mersing, pagi tadi.
Kedua-dua mangsa maut merupakan seorang wanita dewasa berusia 33 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.
Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Mersing, PBK II, Anuar Hussine berkata pemandu lori 10 tan berusia 40 tahun selamat dalam kemalangan itu dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Katanya, pihaknya menerima maklumat panggilan kecemasan itu pada pukul 7.37 pagi dan dua buah balai iaitu BBP Mersing dan BBP Endau telah digerakkan ke lokasi kejadian.
“Kesan daripada kemalangan itu menyebabkan pemandu dan penumpang kereta Perodua Viva telah tersepit.
“Pasukan Bomba yang tiba telah menjalankan operasi penyelamatan bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa,” katanya.

Tambah Anuar Hussine, mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia untuk tindakan lanjut.
Baca juga: