Wanita hilang di kebun dijumpai selamat oleh pasukan bomba

Seorang wanita yang dilaporkan hilang pada Rabu di Jalan Kim San, Sarikei, Sarawak telah dijumpai pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBPM Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.15 petang berhubung kes kehilangan.

Komander Operasi, PBK II Lau Heng Sing berkata, seramai tiga orang anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian bersama satu unit kenderaan DMAX.

Menurutnya, mangsa dikhuatiri hilang di kebun ketika anak mangsa ingin menjemput balik sekitar pukul 4.30 petang pada hari yang sama.

“Pada pukul 10.30 pagi anak mangsa menghantar mangsa ke kebun dan pada pukul 4.30 petang anak mangsa hendak mengambil balik mangsa tetapi tiada di kebun.

“Ahli keluarga meneruskan pencarian namun sehingga pukul 1 tengah hari pada hari berikutnya namun masih tidak ditemui dan mereka seterusnya membuat laporan polis,” katanya.

Mangsa bagaimananpun berjaya dijumpai pada Khamis pukul 11.07 malam oleh orang awam.

Heng Sing berkata, mangsa mengalami sedikit luka di bahagian kaki akibat berjalan terlalu lama.

“Pihak bomba menyerahkan mangsa kepada ahli keluarga dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.15 malam,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat