Wanita pandu secara berbahaya, hampir langgar Polis Trafik ditahan

Oleh: Hanim Nadia

PETALING JAYA: Seorang wanita ditahan polis selepas memandu secara berbahaya dan memotong barisan di persimpangan Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi, berhampiran Bukit Bintang, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian pada jam 5.15 petang itu juga menyaksikan seorang anggota polis trafik hampir dilanggar suspek ketika menghalangnya.

Ia disebabkan suspek berusia 38 tahun itu enggan memberhentikan kenderaan semasa polis tersebut mengarahkannya berbuat demikian.

“Tindakan suspek itu juga menyebabkan kemalangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan individu terbabit ditahan reman selama dua hari bermula semalam hingga hari ini bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut Sulizmie, anggota trafik tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,

Katanya, terdahulu tular di media sosial di pautan TikTok https:/vt.tiktok.comZS6XDmrCH/. berhubung kejadian berkenaan ketika pihak polis cuba menahannya.

Beliau berkata, wanita itu juga telah dituduh di Mahkamah Majistret Jalan Duta, pagi tadi, mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Justeru, pihak polis menasihatkan orang ramai untuk tidak terbabit dengan apa-apa kesalahan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat