Wanita PKR Balik Pulau sambut baik pengumuman Fadhlina sempena Hari Guru

PETALING JAYA: Pelaksanaan pertukaran guru selepas dua tahun berkhidmat tanpa syarat mampu memberi kelegaan serta meningkatkan kesejahteraan dan motivasi guru dalam menjalankan tugas mendidik anak bangsa.

Ketua Wanita PKR Balik Pulau, Nurhidayah Che Rose berkata pengumuman Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sempena sambutan Hari Guru 2025 sangat dialu-alukan.

“Langkah ini merupakan satu perkembangan positif dalam memastikan kebajikan guru terus diberi perhatian khususnya kepada guru-guru yang telah lama berkhidmat jauh dari keluarga.

“Sebagai Ketua Wanita PKR Balik Pulau merangkap calon Exco Wanita Pusat, saya menyokong penuh usaha ini dan menyeru agar pelaksanaannya dijalankan secara telus dan adil, dengan mengambil kira keperluan sebenar warga pendidik di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Terdahulu, Fadhlina mengumumkan enam berita gembira khas untuk para guru termasuk prosedur pertukaran guru.

Anda Mungkin Berminat