Wanita warga emas maut dihempap pokok

Seorang wanita warga emas maut setelah dihempap pokok di Jalan Kupang Baling, Baling, Kedah pada pukul 3.49 petang hari Jumaat.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), PBK II Samsari Ibrahim berkata, pihak bomba mendapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap wanita tersebut.

“Pasukan bomba telah bertindak memotong pokok tersebut untuk mengeluarkan mangsa yang berusia 84 tahun itu.

“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Samsari berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tersebut melibatkan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling bersama jentera FRT.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat