Warga emas cedera akibat motosikal ditunggang dirempuh kereta

Seorang lelaki warga emas cedera akibat dirempuh oleh sebuah kenderaan berhampiran simpang Tanah Putih, Sarikei, Sarawak pagi Jumaat.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM SARIKEI) berkata pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.56 pagi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Lt. (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata lima anggota APM Sarikei dari Skuad Bravo yang diketuai oleh Sarjan (PA) Jeffrey Dungging telah dikerahkan ke tempat kejadian.

“Menurut laporan yang diterima, mangsa, Incar anak Tumas, 70, yang menunggang motosikal terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda.

“Mangsa juga turut mengalami luka terbuka pada kaki kiri, calar pada kedua belah lutut serta patah pada bahagian paha kanan,” jelasnya dalam kenyataan.

Skuad Bravo yang berada di lokasi bertindak membawa mangsa menaiki ambulans ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat