JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berusia 72 tahun maut selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 12, Jalan Johor Bahru – Air Hitam, arah Johor Bahru, sekitar jam 6.24 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Balveer Singh berkata, mangsa dipercayai tiba-tiba melintas jalan dengan memanjat tembok penghadang sebelum dilanggar oleh sebuah kereta Proton Iriz yang dipandu seorang wanita berusia 25 tahun.
“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Polis kini menjalankan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau membahayakan.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zulhisyam bin Aziz di talian 019-7432966.
Baca juga: