Warga emas tinggal seorang diri terima bantuan kewangan PM

PERMATANG PAUH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan wang tunai kepada seorang warga emas, Mahamut Mahamad yang tinggal seorang diri di Permatang Pasir, di sini.

Sumbangan berbentuk wang tunai itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farzan Fauzi, bagi meringankan beban warga emas berusia 80 tahun itu.

“Usia senja sepatutnya diiringi ketenangan, namun beliau masih bergelut dengan kesulitan hidup.

“Kehadiran saya bukan sekadar untuk bertanya khabar, tetapi juga membawa sinar harapan.

“Saya menyampaikan bantuan kewangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai usaha segera untuk meringankan beban yang ditanggung,” kata Ahmad Farhan dalam catatan menerusi Facebook beliau pada Rabu.

Namun, beliau memaklumkan bantuan itu bukan sekadar ihsan sementara, sebaliknya melalui kerjasama Zakat Pulau Pinang serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bantuan susulan akan terus disampaikan bagi memastikan keluarga berkenaan keluar daripada kemiskinan tegar dengan segera.

“Semoga dengan inisiatif ini, Encik Mahamut dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan lebih selesa. Insya-Allah, tiada siapa yang akan dibiarkan berjuang sendirian,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat