Warganegara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan tren Shuttle Tebrau bakal menikmati tambang RM5 sehala dari JB Sentral ke Woodlands, Singapura dan sebaliknya dengan jualan tiket akan dibuka pada 29 Februari depan.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan, memberitahu bahawa kadar tambang dari JB Sentral ke Woodlands adalah RM5, manakala bagi perjalanan dari Woodlands ke Johor Bahru adalah SGD5 (RM18).
Katanya, kelebihan itu memberi keistimewaan kepada warga tempatan, iaitu KTMB juga akan membuka kaunter tambahan di JB Sentral bagi memastikan kelancaran pengesahan kad pengenalan yang dilaksanakan dari 19 Februari hingga 1 Mac.
“Pelarasan semula kadar tambang ini akan memberikan manfaat kepada kira-kira 40,000 rakyat Malaysia yang bergantung kepada mod perkhidmatan kereta api untuk berulang-alik antara JB Sentral dan Woodlands, apabila tidak perlu lagi membayar tambang berharga SGD5 dari Woodlands,” katanya.
Bagi menikmati keistimewaan itu, pengguna warganegara Malaysia perlu mendaftar akaun di aplikasi KTMB Mobile (KTS) dan membuat pengesahan kada pengenalan terlebih dahulu di kiosk tiket (TVM) atau kaunter tiket di seluruh rangkaian KTMB.
Kad pengenalan adalah sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahguna tambang warganegara.
Pengguna turut dinasihatkan agar mendaftar di akaun KITS dan mod pembayaran tiket boleh dilakukan melalui KTM Wallet, E-wallet Touch & Go, E-wallet Boost, kad debit serta kad kredit.
Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-2267 1200 atau mendapatkan maklum balas segera melalui Messenger Facebook rasmi KTMB.
Baca juga: