Delegasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang diketuai Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar pada Jumaat, mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Shaanxi Parti Komunis China (CPC), Zhao Yide di Xi’an.
Zhao berkata, adalah penting integrasi antara pembandaran jenis baharu dan pemulihan luar bandar yang menyeluruh sepertiman yang berlaku di Wilayah Shaanxi, China.
Katanya, ini adalah penting bagi memastikan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam proses pembangunan.
“Adalah penting untuk melaksanakan strategi pemulihan luar bandar secara menyeluruh dengan meningkatkan sokongan kepada bandar-bandar utama untuk pemulihan kawasan luar bandar.
“Penyediaan bantuan kepada rakyat berpendapatan rendah dan kawasan kurang membangun serta memastikan bahawa tiada sejumlah penduduk akan kembali menjadi miskin,” katanya.

Dengan memberikan contoh pembasmian kemiskinan melalui reformasi industri, Zhao berkata, inisiatif dimulakan dengan diadakan ‘kilang komuniti’ yang memberi peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.
“Di mana terdapat pegawai-pegawai parti ditugaskan di setiap komuniti kampung bagi memantau serta memberi sokongan kepada mereka yang memerlukan. Terdapat 18 pegawai bagi setiap 10, 000 penduduk.
“Manakala bagi industri yang memerlukan kenaikan taraf, kerajaan turut menyediakan bantuan daripada segi sains dan teknologi dengan memberi fokus kepada hasil pengeluaran (kualiti dan kuantiti),” katanya.
Dalam pada itu, Izzah turut berkongsi tentang Kajian Kemiskinan Multidimensi Permatang Pauh 2021 yang telah menunjukkan impak Covid-19 ke atas kemiskinan.
“Kajian diterbitkan dengan memperincikan sebuah kaedah yang lebih realistik, komprehensif dan holistik bagi mengukur kadar kemiskinan,” ujarnya.

Untuk rekod, laporan ‘Multidimensional Poverty Index’ (MPI) Permatang Pauh merupakan kajian pertama di Malaysia yang mengira kadar penyisihan dalam bidang pembelajaran kanak-kanak di rumah di tengah-tengah serangan pandemik Covid-19.
Kesemua penemuan signifikan, termasuklah penyisihan yang tinggi dalam Peraturan-Peraturan Makanan (PPM) kerana ia menunjukkan bahawa keluarga miskin tidak mampu untuk membeli keperluan makanan yang mencukupi dan dalam erti kata yang lain, golongan kanak-kanak menghadapi kemiskinan nutrisi yang kritikal (extreme food poverty) yang diwakili oleh hampir 60 peratus ketua isi rumah (KIR) dalam sampel kajian.
Sementara Malaysia mempunyai komitmen untuk mengurangkan kemiskinan tegar seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana China juga negara terbaik bagi Malaysia mencontohi program pembasmian kemiskinan.
Baca juga:








