Agong cemar duli ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka di Masjid Tanah, Melaka pada Sabtu.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran ratusan pengunjung yang turut tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Baginda.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberikan ucapan terima kasih kepada pengunjung yang hadir pada majlis tersebut.

“Terima kasih juga kepada lebih 30,000 tetamu yang sudi hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri saya di Villa D’Acqua, Masjid Tanah, malam ini.

“Turut menceriakan majlis malam ini ialah persembahan istimewa daripada kumpulan Search, Datuk Ramli Sarip; dan Azharina serta kumpulan kebudayaan Briged Seni Melaka,” katanya menerusi hantaran Facebooknya.

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka disambut oleh Tun Seri Setia Dr Mohd Ali.

Baginda kemudian berangkat ke kediaman rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi majlis santapan tengah hari.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat