Bekas pemain bola sepak Inggeris, David Beckham dikhabarkan bakal membuat kemunculan istimewa di Kuala Lumpur pada Khamis.
Difahamkan kehadiran Beckham, 49, ke Kuala Lumpur bertujuan untuk menghadiri satu acara perasmian jenama fesyen terkenal, Adidas di bangunan The Exchange TRX.
Lebih menarik perhatian apabila, bapa kepada empat anak itu memuat gambar beliau di Instagram dengan berlatar belakang menara ikonik negara, Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Dalam perkongsian itu, Beckham turut memuji keindahan pemandangan di bandar Kuala Lumpur yang pesat membangun.
“Wah, pemandangan yang cukup indah di bandar Kuala Lumpur,” tulisnya.
Kehadiran Beckham di Malaysia sekali gus menarik perhatian ramai peminat, bukan sahaja peminat malah pelakon tanah air seperti Beto Kusyairy, Fify Azmi dan Hairul Azreen.
Paling menarik apabila Ahli Parlimen Bentong, Pahang, Young Syefura turut dilihat meninggalkan mesej di ruangan komen gambar pemain boleh terkenal dunia itu di Instagram.
“Maaf Dave, saya ada meeting (mesyuarat) tadi waktu kamu nak datang rumah. Kamu lambat bagitahu…,” kata Beto Kusyairy.
“Jangan lupa singgah rumah saya ya,” kata Fify Azmi.
“Mana? Jom lepak mamak,” kata Hairul Azreen.
“Selamat Datang ke Malaysia dan Kuala Lumpur!,” kata Young Syefura.
Sekadar info, Beckham merupakan pemain Inggeris pertama untuk memenangi kejuaraan liga di empat negara, England, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Perancis.
Beliau telah mengumumkan persaraannya di akhir musim 2012/2013 dan pada 18 Mei 2013, beliau bermain perlawanan terakhirnya sepanjang 20 tahun karier sebagai pemain bola sepak.
Baca juga: