Oleh: Kamilia Ali
JOHOR: Yayasan Suktan Ibrahim Johor (YSIJ) bersama Eco-Shop Marketing Sdn Bhd telah menyampaikan sumbangan kepada Institusi Agama Islam Johor dan masjid daerah Segamat, di sini, hari ini.
Dalam satu kenyataan, sumbangan yang diberikan berjumlah RM118,000 kepada Pejabat Kadi Daerah Segamat, manakala 68 masjid di daerah Segamat menerima bantuan kipas serta kerusi.
Pengarah Amanah Urusan YSIJ, Datuk Avinderjit Singh berkata, Masjid Bandar Segamat pula menerima bantuan beruoa kelengkapan sistem siaraya dan pejabat bernilai RM170,000.
“Sebanyak 68 masjid di Segamat turut menerima bantuan keseluruhan sebanyak RM68,000 daripada Malaysian Social Entrepreneurs Foundation (MSEF).
“Jumlah keseluruhan sumbangan yang disampaikan bernilai RM368,000,” katanya.
Tambahnya, YSIJ turut menerima sumbangan dana berjumlah RM5 juta daripada Eco-Shop Marketing Sdn Bhd.
“Sejak 2021, Eco-Shop telah menyampaikan sumbangan hanpir RM6 juta kepada YSIJ dalam meneruskan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
“Sumbangan ini membolehkan YSIJ terus membantu serta menghulurkan pelbagai bantuan kepada rakyat memerlukan di Johor.
“Hampir setiap minggu YSIJ turun padang membantu golongan memerlukan di pelbagai daerah termasuk menyampaikan bakul makanan serta pelbagai lagi,” katanya.