KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan antara Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sebagai satu isyarat kematangan politik yang penting untuk negara.
Pertemuan yang berlangsung dalam suasana harmoni itu, menurut Anwar, mencerminkan iltizam memperkukuh kerjasama antara parti politik demi kestabilan, khususnya dalahubungan Kerajaan Persekutuan dengan Negeri Sabah.
“Saya percaya kestabilan politik adalah asas penting dalam menjayakan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
“Justeru, kerjasama erat antara pemimpin negeri dan Persekutuan amat penting bagi memastikan aspirasi rakyat dapat direalisasikan secara menyeluruh dan inklusif,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Anwar turut menegaskan semangat muafakat sebegini menjadi asas kepada perpaduan nasional yang lebih kukuh, seterusnya membuka jalan ke arah Malaysia yang progresif, adil dan sejahtera untuk semua.
Pertemuan Zahid dan Hajiji itu sekali gus memperlihatkan usaha mengukuhkan hubungan BN–GRS di Sabah, pada ketika landskap politik negeri tersebut terus memainkan peranan penting dalam menentukan kestabilan politik tanah air.
Baca juga: