PETALING JAYA: Presiden UMNO turut sependapat dengan bekas duta Malaysia ke AS, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu kekal sebagai perdana menteri bagi penggal kedua.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pandangannya itu mewakili UMNO yang turut berada dalam Kerajaan Madani.
“Itu adalah harapan beliau (Nazri) dan kita dalam kerajaan Madani,” katanya ringkas ketika diminta mengulas kenyataan Nazri, memetik Malaysiakini.

Sebelum ini, Nazri mengakui hanya Anwar sahaja layak menerajui negara selepas pilihan raya umum (PRU) ke-16 nanti.
Katanya fokus utama kerajaan ketika ini sepatutnya ialah memberi sokongan kepada Anwar dan memastikan Ahli Parlimen Tambun itu kekal sebagai perdana menteri untuk penggal akan datang.
Nazri yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata sokongan terhadap Anwar dibuat kerana beliau bimbang apabila tiada calon lain yang berpotensi memegang jawatan perdana menteri termasuk daripada UMNO.
Baca juga: