Ziarah MADANI: Pesakit Dialisis Dapat Perhatian, Bantuan PM

KUANTAN: Di sebuah rumah sederhana di Taman Dato Rashid, Kuantan, tersimpan kisah ketabahan seorang wanita yang saban minggu menjalani rawatan dialisis.

Norhayati Mohd Noor, meskipun tubuhnya kelihatan lemah tetap menyambut tetamu dengan wajah tenang yang menggambarkan kekuatan jiwa luar biasa.

Lawatan Ziarah MADANI kali ini membawa lebih daripada sekadar sapaan mesra.

Ia menjadi wadah menyampaikan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang bergelut dengan cabaran kesihatan dan kehidupan seharian.

Mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Politik beliau, Datuk Ahmad Farhan Fauzi hadir menyampaikan sumbangan tunai serta bakul makanan kepada keluarga Norhayati.

“Ziarah MADANI kali ini bukan sekadar hadir bertanya khabar tetapi untuk membawa sedikit sinar dan meringankan beban.

“Bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya menyampaikan sumbangan tunai dan bakul makanan buat beliau sekeluarga,” kata Ahmad Farhan.

Beliau turut meluahkan rasa kagum terhadap semangat juang Norhayati yang tidak pernah padam meskipun diuji dengan kesakitan.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan kekuatan kepada Norhayati.

“Kisah beliau mengingatkan saya bahawa di sebalik setiap penderitaan, ada semangat juang yang tidak pernah padam,” tambahnya.

Anda Mungkin Berminat