LEE Zii Jia mara ke separuh akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 setelah mengalahkan pilihan keempat temasya, Anders Antonsen dari Denmark 21-17, 21-15 awal pagi tadi.
Perlawanan yang berlangsung selama 53 minit itu cuma dengan dua set turut menyelamatkan maruah negara.
Beraksi sebagai pemain pilihan ketujuh, Zii Jia mengutip mata kemenangan selepas pukulan balas Antonsen terkeluar di garisan belakang gelanggangnya.
Kemenangan itu menyaksikan Zii Jia akan bertemu bintang badminton Thailand, Kunlavut Vitidsarn pada separuh akhir Ahad ini.