Ziyad Raih Emas Ke-8 APG, Kekal Raja Lontar Peluru F20

KUALA LUMPUR: Nama Muhammad Ziyad Zolkefli sekali lagi terpahat megah di pentas Sukan Para ASEAN (APG) 2025 apabila atlet lontar peluru para negara itu mengekalkan dominasi dengan meraih pingat emas kelapan berturut-turut dalam acara lelaki F20.

Ziyad tampil penuh keyakinan di Stadium Nasional Bukit Jalil, melontar sejauh 16.81 meter (m)

Walaupun tidak berjaya memecahkan rekod temasya miliknya sendiri, 16.92m yang dicatatkan di Solo pada 2022, lontaran itu sudah cukup untuk menobatkan beliau sekali lagi sebagai raja lontar peluru Asia Tenggara.

Selepas kejayaan gemilang itu, Ziyad meluahkan rasa syukur dan menekankan bahawa kemenangan itu bukanlah hasil usaha individu semata-mata.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah, akhirnya berjaya merangkul gelaran Juara 8 Kali Emas di Para ASEAN.

““Kejayaan ini bukan milik saya seorang, tetapi hasil sokongan, doa dan kepercayaan ramai pihak,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Dalam ucapan penuh penghargaan, beliau menzahirkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN), MSN Selangor, barisan jurulatih serta keluarga yang menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan kariernya.

Anda Mungkin Berminat