PENYANYI dan ikon versatil, Zizi Kirana bakal menghiasi Konsert 25 Tahun Inteam: Nur Kasih yang dijadual berlangsung pada 1 Februari 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Kemunculan Zizi, yang turut digelar Puteri Sumud, dijangka menambah keistimewaan pada konsert istimewa itu apabila beliau bakal menyampaikan alunan suara dan nada penuh nasihat seiring dengan tema Nur Kasih.
Konsert anjuran Icon Entertainment itu bakal mempertemukan dua nama besar iaitu Zizi dan kumpulan nasyid popular Inteam dalam satu pentas, menjanjikan persembahan beremosi dan sarat mesej ketuhanan.
Peminat pastinya tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan kolaborasi istimewa ini yang dijangka membuka tirai tahun baharu dengan penuh makna dan kasih.
Tiket konsert boleh dibeli melalui laman web www.ticket2u.com.my/InteamNurKasih.
Baca juga:








