AMERIKA SYARIKAT: Presiden Trump memuji Datuk Bandar New York City yang baharu dipilih, Zohran Mamdani dalam satu pertemuan yang mendapat perhatian pada Jumaat di Oval Office.
Trump berkata, beliau telah mengucapkan tahniah kepada Mamdani atas kemenangannya dan kedua-dua mereka bertukar kata mesra sambil menambah bahawa mereka bersetuju dalam banyak isu.
“Saya fikir anda akan mendapat, mudah-mudahan, seorang Datuk Bandar yang hebat.
“Tiada perbezaan parti, tiada perbezaan apa-apa. Dan kami akan membantunya untuk menjadikan impian semua orang menjadi kenyataan. Mewujudkan sebuah New York yang kuat dan sangat selamat.
“Lebih baik dia lakukan, lebih gembira saya,” katanya memetik laporan The Hill.
Trump juga berkata bahawa beliau akan berasa selesa tinggal di New York City ketika Mamdani memegang jawatan Datuk Bandar.








