๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ฑ๐˜‚๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—ต ๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ.๐Ÿณ๐Ÿฏ ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ผ๐—น

PUTRAJAYA: Produk pertanian tempatan terus mencatat prestasi memberangsangkan apabila nilai perdagangan dengan Sepanyol mencecah RM2.73 bilion setakat Disember 2025, didorong permintaan kukuh terhadap komoditi utama negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pencapaian itu membuktikan produk agromakanan Malaysia semakin mendapat tempat di pasaran antarabangsa.

โ€œPencapaian ini menunjukkan produk pertanian kita mempunyai daya saing yang tinggi dan semakin diterima di pasaran Eropah, khususnya Sepanyol.โ€ katanya selepas menerima kunjungan hormat Duta Besar Sepanyol ke Malaysia, Josรฉ Luis Pardo Cuerdo, di sini pada Rabu.

Beliau berkata, antara produk utama yang menyumbang kepada nilai eksport itu ialah kopi, koko, teh dan rempah-ratus.

Dalam masa sama, beliau menegaskan kerajaan akan terus memperkukuh kerjasama antarabangsa bagi membuka lebih banyak peluang pasaran baharu.

โ€œKita akan terus memperluas kerjasama strategik termasuk pemindahan teknologi, pembangunan kapasiti dan sektor akuakultur bagi meningkatkan lagi daya saing industri pertanian negara.โ€ Katanya.

Dalam pertemuan itu juga, Mohamad turut menyampaikan jemputan kepada Sepanyol untuk menyertai Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2026 yang akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September ini di MAEPS Serdang.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kementerian, Datuk Seri Norazman Ayob bersama pegawai kanan kementerian.

Anda Mungkin Berminat