PUTRAJAYA: Kerajaan mengarahkan semua agensi di bawah kementerian memperketat langkah penjimatan bagi memastikan penggunaan bekalan bahan api dapat dikawal dengan lebih berkesan.
Ini termasuk mengurangkan mesyuarat bersemuka, perjalanan ke luar negara serta mengutamakan pelaksanaan program secara dalam talian.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah itu antara yang diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bagi memperkukuh kecekapan perbelanjaan operasi kerajaan.
โAgensi-agensi perlu mengutamakan pelaksanaan mesyuarat dalam talian, mengurangkan perjalanan luar negara serta menggunakan premis kerajaan sendiri bagi tujuan latihan dan bengkel.โ katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan turut merekodkan penjimatan ketara menerusi pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi penjawat awam.
Menurut Fahmi, sehingga kini seramai 155,000 penjawat awam telah berdaftar di bawah program tersebut dengan penjimatan penggunaan bahan api mencecah 334,000 liter, bersamaan kira-kira RM678,000.
โIni menunjukkan pelaksanaan WFH bukan sahaja membantu produktiviti, tetapi turut memberi kesan langsung kepada penjimatan kos kerajaan.โ katanya.
Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga sedang mengumpul data tambahan daripada sektor swasta bagi menilai jumlah penjimatan keseluruhan di peringkat negara.








