10 kontinjen negara wakili Malaysia di upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024

Seramai 10 kontinjen bakal mewakili Malaysia di upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris yang melibatkan enam atlet dan empat pegawai pada awal pagi Sabtu waktu tempatan.

Ketua Kotinjen Chef De Mission (CDM) Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin menyatakan barisan atlet negara bakal didahului oleh dua pembawa Jalur Gemilang iaitu penerjun muda, Betrand Rhodict Lises dan atlet pelayaran, Nur Shazrin Mohamad Latif.

Turut menyertai upacara yang diadakan di atas bot di Sungai Seine secara besar-besaran itu termasuk atlet terjun, Nur Dhabitah Sabri, atlet pelayaran, Khairul Nizam Mohd Afendy, atlet golf, Ashley Lau dan atlet renang, Tan Rouxin.

Hamidin bersama timbalannya, Datuk Nicol David dan Ketua Perubatan Kontinjen Negara, Dr Jasmiza Khuzairi Jasme dan Pegawai Keselamatan Majlis Olimpik Malaysia, Ang Li Pei turut menyertai perarakan tersebut.

Majlis perasmian Olimpik Paris 2024 dijadualkan bermula pada pukul 7.30 malam Jumaat (1.30 pagi Sabtu di Malaysia), dengan atlet yang dilaporkan menaiki bot yang dihiasi.

Malaysia menghantar sejumlah 26 atlet dan 40 pegawai yang dipercayai atlet wanita akan memakai baju kurung songket dengan kelubung manakala, atlet lelaki berbaju Melayu Teluk Belanga yang dicipta khas oleh pereka fesyen termpatan, Rizman Ruzaini ketika perarakan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat