Seorang cedera ringan manakala seorang lagi cedera parah dalam insiden kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terbabas ke bahu jalan di Batu 7, Jalan Tuaran lama, Sabah pada pukul 12.26 tengah malam hari Jumaat.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pegawai Bomba Kanan Saflan Safri melaporkan kedua-dua mangsa merupakan pemandu dan penumpang kereta jenis Perodua Myvi.
“Pemandu yang berusia 18 tahun itu mengalami kecederaan ringan manakala penumpang kenderaan tersebut pula cedera parah.
“Kedua-dua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.
Anggota unit EMRS yang turut ada di lokasi memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum mereka dihantar ke Hospital Queen I, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Saflan turut menyatakan operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada pukul 1.31 pagi hari yang sama.
Operasi tersebut melibatkan seramai sembilan orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bersama satu unit jentera FRT dan kenderaan unit EMRS.
Baca juga: