Dua pemandu lori dilaporkan meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan lori muatan sawit dengan lori penghantar barang di Maran, Pahang pada Selasa,
Menurut Komander Operasi, PBK II Norizal Mohamed, setelah tiba ke lokasi kejadian bersama terdapat seorang lelaki dewasa tersepit di dalam kenderaan tersebut.
“Pihak kami mendapati seorang lelaki dewasa yang dipercayai pemandu kepada lori sawit telah tersepit di dalam kenderaan tersebut. Mangsa telah dikeluarkan oleh pasukan Bomba dengan menggunakan peralatan penyelamat.
“Manakala, pemandu lori penghantar barang itu pula telah tercampak keluar dari kenderaan dan kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak lama selepas itu,” katanya menerusi satu kenyataan.
Pasukan dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Maran diarahkan ke lokasi.
Dalam pada itu, mayat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Baca juga: